14 Jun 2012

Mengesan Jantina Bayi Dalam Kandungan

Sambil-sambil PMC dok pi jenguk-jenguk blog2 kesukaan PMC terjumpalah artikel yg memang-memang PMC sukaaaaaa sangat...sbb skrg ni tengah plan nak mengandung lagiiiii.....bestnya

Info ni PMC jumpa kat http://kathyjem.blogspot.com wahhhh...memang menarik sekali...terima kasih kat blogger ni iaitu Kathyjem yg sudi berkongsi di blog beliau. so PMC nak berkongsi ngan u all spulak...jom baca nak tak???

Kredit to  Kathyjem

Biasanya cara mudah nak tahu jantina senang sajakan.. Pergi klinik scan dah tahu jantina baby..  Dah tahu jantina.. senang kan...! Takyah pening2 ko nak tengok perut la, cari pemakanan la, tabiat kite la, bla bla bla.. hahaha

Tapi sebenarnya orang mesti lagi suka tekakan?... Ada teka tengok perut, bulat ke lonjong ker.. Pastu tengok cara pemakanan kite.. Itu cara orang tua kite meneka anak yang dikandung tu.. Tapi tu zaman dulu2 la.. Sekarang teknologi dah canggih letak jer badan.. Jumpe Doktor, doktor scan dah nampak tut die..

Sekarang pun ada juga perkara macam tu...Sekarang ni asal orang tengok perut aku mesti cakap aku mengandung lelaki.. Kebanyakkan mesti orang akan cakap bayi lelaki.. Biasanya orang akan meneka melalui tanda2 perwatakan kita jugak..

Kat sini aku ada sedikit info nak tahu jantina bayi yang bakal kite lahirkan.. Korang leh la tengok kot2 la tanda tu semua kena ngan korang dah tahu serba sedikit tentang anak yang di kandung tu.. ;)
Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki :
 
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
 *********************************************************************************
Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur
Ni semuanya kuasa Tuhan.. Apa yang diberikan olehNya kita terima dengan Redha, apa yang penting baby kita sihat dan sempurna....Insyallah.....

2 ulasan:

  1. HEHEHE... kda ada dua dua simptom skang ni...agknya nak dpt kembar ke?? jeng jeng jeng...

    BalasPadam
  2. KJC dh rasa mula selsema macam mula-mula dulu..Harap rezeki bersama KDa..Amin

    BalasPadam

google analytict